Main Sponsor

Wednesday, February 24, 2010

Imej Hantu Budak Dirakam


HULL, England - Seorang pekerja pembinaan, John Fores, 47, terkejut apabila dia mendapati gambar yang dirakamkan menerusi telefon bimbitnya memaparkan imej hantu seorang budak lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia mendakwa, imej itu dirakamkan di bangunan Sekolah Rendah Anlaby dekat sini di East Yorkshire yang diruntuhkan untuk tujuan pembinaan semula.

Namun, semasa Fores melihat kembali gambar yang telah dirakamkan itu, dia ternampak bayang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia lapan tahun dan memakai topi gelap sedang berdiri memandang ke arah kamera telefon bimbitnya.

"Saya mengambil beberapa gambar selepas waktu tengah hari dan pada waktu itu saya tidak menyedari apa-apa yang aneh.

"Namun, semasa melihat foto tersebut di komputer, saya terpandang imej itu dan bulu roma saya meremang," katanya.

Penjaga sekolah tersebut, Gordon Bradshaw, 54, berkata, bangunan sekolah yang dibina pada 1936 itu mempunyai reputasi sebagai berhantu.

"Saya sudah berada di sini sejak 29 tahun lalu dan ramai budak yang mendakwa mereka pernah ternampak satu lembaga hantu di sekolah ini tetapi saya pula tidak pernah melihatnya," kata Bradshaw. -

Sumber: Kosmo

Wah ini hantu sudah marah maa.. Lu kasih roboh ini sekolah tempat dia belajar.. antu pun mau maju juga lo...

5 comments:

♥ciK-t0ge ♥ on February 24, 2010 at 10:58 AM said...

isKk..
btuL ke tu :-s
tak0t...

TerunaGiler on February 24, 2010 at 11:57 AM said...

cara imej tu berdiri dari segi posisi meragukan laa..

ezam on February 24, 2010 at 4:37 PM said...

pernah dalam otw balik dari kelantan ikot jeli sy duk snap2 gambar hutan tebal tu tetibe ade objek mcm bayang org tgh senyum kt few gambor2 tuh..mmg obvious..nk kata sbb reflection cermin keter takde plak...oleh kerana pk kot nanti dia ikot balik umah wa delete frame2 tak berkenaan itu dari kamera wa...huhhuhu..

TerunaGiler on February 24, 2010 at 5:30 PM said...

huhu ezam.. antu ngan camera ni aku kurang jekas soal hubangn 2 bende ni

tujuhhariseminggu on February 25, 2010 at 12:09 PM said...

walopun mara, tetap senyum ye antoo tuh... :p

Related Posts with Thumbnails
 

Blogroll

Text

Blogging Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Aku Haru Biru Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template